Kiamat 2012 ? Betulkah ?
Monday, 16 April 2012 | 06:58 | 0 comments
Assalamualaikum. Nampak tajuk atas tu? Good :)
Aku nak tanya korang. Betul ke Hari Kiamat tu berlaku pada tahun 2012? Ada kajian mengatakan bahawa kiamat jatuh pada 3 Ogos 2012 yang jatuh pada hari Jumaat. Tapi dekat sekolah pulak, aku dengar ada yang kata Kiamat tu berlaku pada 21 Disember 2012 yang jatuh pada hari Jumaat jugak.
Memang ada disebutkan dalam Al-Quran yang Hari Kiamat tu berlaku pada hari Jumaat. Tanda-tanda kecil kiamat banyak dah berlaku. Contohnya macam anak derhaka kepada ibu bapa, berlaku gempa bumi dan sebagainya. Kalau tanda-tanda besar pulak, macam kemunculan Imam Mahdi untuk menegakkan akidah Islam, munculnya Dajjal bermata satu. Tapi bak kata ustazah aku, Dajjal memang dah ada tapi bermata dua. -.- Then, Ya'juj dan Ma'juj pun muncul sekali. Macam-macam lagi yang akan berlaku sebelum Kiamat.
So, korang rasa Kiamat 2012 tu betul ke tak? Kita takkan tahu kiamat tu bila. Hanya Allah saja yang tahu sebab Dia Maha Pencipta. Kita cuma sedar tanda-tanda dia sahaja. Demi Allah aku tak dapat bayangkan macam manalah Hari Kiamat nanti. Pasal Kiamat tu ada firman Allah disebut dalam Surah Al Ahzab ayat 63 yang bermaksud:
Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari Kiamat. Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu hanya disisi Allah, dan tahukah kamu bahawa boleh jadi hari Kiamat itu sudah dekat waktunya.
Renungkanlah. Aku sedang berusaha untuk membanyakkan segala amalan aku. Ingat! Yang wajib kena buat. Yang sunat tu kira bonus lah.. Assalamualaikum.. :')